Friday, March 26, 2010




cinta itu buta.....
isuatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yg lebih penting....-D...Dirimu atau nyawaku...dan aku menjawab nyawaku lebih penting....@dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan...(...tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu.....sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini...tiada orng lain dalam hidupku dan tiada sesiapa lagi hanya kau seorng sahaja dalam hatiku..

Tuesday, March 2, 2010

kisah wanita






Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet? Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang. Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri? Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita. Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling). Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini) . Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber`boyfriend`, maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber`boyfriend` itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih? Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama. Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

“Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya”.

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.