Tuesday, August 3, 2010

asas petrolium
Terdapat beberapa jenis injap pada pokok krismas. Ia berfungsi untuk membuka dan menutup dan megawal pengaliran bendalir dari telaga
-Manual master gate valve
-Manual wing gate valve
-Manual swab gate valve
-Automatic shut down valve
-Choke valve

Manual master gate valve
Bahagian luar injap
Dipasang secara terus pada tiub pengeluaran
Mencegah minyak dari telaga pengeluaran menuju ke sistem pomprosesan
Membenarkan pengeluaran minyak mengalir

Manual wing gate valve
Dipasang terus dari telaga pengeluaran kepada sistem pemprosesan
Pengeluaran dari telaga dapat dijalankan jika injap dibuka
Boleh dikawal secara automatik dan manual

Manual swab gate valve
Khusus untuk peralatan tertentu (wireline dan alatan penebukan) memasuki telaga
Membolehkan aliran/tekanan statik bagi telaga dibaca terus oleh tolok tekanan


Automatic shut down valve
Dipasang di atas master gate
Dikawal oleh sistem pneumatik
Mekanisma luar serupa dengan manual gate valve,hanya berbeza pada kemudahan operasinya


Choke valve
Menyekat laluan cecair telaga yang melalui pokok krismas
Mengawal pengeluaran bendalir dari telaga
Saiz bukaannya mungkin tetap

Sistem pengasingan
Memisahkan komponen-komponen seperti minyak,air dan gas
Alat yang digunakan adalah pemisah(separator)
Terdapat 2 jenis pemisah iaitu pemisah tegak dan pemisah mendatar
Konsep daya empar dan graviti digunakan untuk memisahkan bendali telaga
Boleh terdiri daripada jenis 2 fasa atau 3 fasa
2 fasa memisahkan bendalir telaga kepada cecair dan gas
3 fasa memisahkan bendalir telaga kepada cecair,gas dan air.Bagaimanapun minyak dan gas masih mengandungi sedikit air
Bendalir telaga yang menganudungi sedikit air bebas dialirkan juga ke dalam pemisah 3 fasa



No comments:

Post a Comment